|
Kami adalah
negara yang aman
dan tidak akan menyerang sesiapa,
Kecuali,
ada yang menyerang kami.
Sesiapa saja
yang tidak berniat
untuk menyerang kami,
tidak perlu takut akan kami.
Sesiapa saja
yang mahu cuba untuk
melindungi dirinya daripada kami,
membuktikan bahawa ia
takut akan kami.
Sesiapa saja
yang takut akan kami,
dengan itu membuktikan,
bahawa ia berniat
untuk menyerang kami.
Maka adalah jelas
bahawa kami terpaksa menyerang sesiapa
yang bersiap sedia untuk mempertahankan dirinya. |