Hamba

Diterjemahkan oleh Ain Jaafar

Pengenalan
Prakata atau Kata Hujungan
Si Pelamun
Budak Lelaki Biru
Planet Lobak
Gentar
Gentar Lagi
Orang Aneh dari Planet Hortus
Dua Pelawan
Manusia Menentang Manusia
Perang Besar di Marikh
Hamba
Peladang-peladang yang Pandai Mengira
Perang yang Aneh
Arobanai
Star Snake
Kesesakan Lalu Lintas
Dua Banduan
Keadilan
Laporan kepada Majlis Sistem Suria Bersatu
Bicara Terus Terang
Bom
Kata Hujungan atau Prakata
Muka Surat untuk Pindah Terima
Forum Perbincangan
Martin Auers Geschichtenmaschine
Lelaman Martin Auer
Mel untuk Martin Auer

Seorang lelaki mempunyai seorang hamba. Dan hamba itu terpaksa melakukan segala kerja harian untuknya. Hamba itu memandikan lelaki tersebut, menyikat rambutnya, memotong makanannya dan memasukkan makanan ke dalam mulutnya. Hamba itu menuliskan surat lelaki itu untuknya, menggilap kasut untuknya, menjerumat setokin untuknya, memotong kayu untuknya, dan menghidupkan api di dapur. Apabila lelaki itu terpandang akan buah raspberi semasa bersiar-siar, hamba itu harus memetiknya dan meletakkannya ke dalam mulut tuannya. Untuk menghalang hamba itu daripada melarikan diri, lelaki itu sentiasa merantaikannya. Siang dan malam, dia terpaksa berpaut kepadanya dan menariknya ke sana sini, jika tidak ia akan melarikan diri. Di sebelah tangan, lelaki itu sentiasa membawa cemeti kerana apabila hamba itu menarik rantai tersebut, lelaki itu akan menyebatnya. Bila lengannya terasa sakit dan ia kepenatan kerana menyebat hambanya, lelaki itu memaki hamun hamba itu, rantai itu dan segala-galanya pada umumnya.

Kadangkala diam-diam dia mengimpikan waktu semasa dia masih muda dan belum lagi memiliki seorang hamba. Pada masa itu, dia masih lagi dapat merayau-rayau dalam hutan kecil bebas seperti burung dan memetik raspberi tanpa sentiasa merentap rantai. Kini dia tidak boleh pergi ke bilik air dengan sendiri pun. Pertamanya, kerana hamba itu akan melarikan diri, dan kedua: siapa yang akan mengelap punggungnya? Dia sendiri tidak boleh menggunakan mana-mana tangan untuk melakukannya.

Pasa satu masa, semasa dia sedang merungut begitu, seseorang berkata kepadanya: "Kalau keadaannya teruk betul, kenapa kau tak bebaskan hamba itu?"

"Tentu," kata lelaki itu, "supaya dia boleh membunuhku!" Namun diam-diam lelaki itu mengidamkan kebebasan.

Dan hamba itu? Adakah dia juga mengidamkan kebebasan? Tidak, dia sudah lama berhenti mengimpikan kebebasan. Cuma yang dia impikan ialah dia sendiri menjadi tuan dan menuntun lelaki itu ke sana sini dengan rantai dan menyebatnya dan menyuruh ia mengelap punggungnya. Itulah yang diimpikan!