Si Pelamun

Diterjemahkan oleh Ain Jaafar

Pengenalan
Prakata atau Kata Hujungan
Si Pelamun
Budak Lelaki Biru
Planet Lobak
Gentar
Gentar Lagi
Orang Aneh dari Planet Hortus
Dua Pelawan
Manusia Menentang Manusia
Perang Besar di Marikh
Hamba
Peladang-peladang yang Pandai Mengira
Perang yang Aneh
Arobanai
Star Snake
Kesesakan Lalu Lintas
Dua Banduan
Keadilan
Laporan kepada Majlis Sistem Suria Bersatu
Bicara Terus Terang
Bom
Kata Hujungan atau Prakata
Muka Surat untuk Pindah Terima
Forum Perbincangan
Martin Auers Geschichtenmaschine
Lelaman Martin Auer
Mel untuk Martin Auer

Pada suatu masa dahulu ada seorang lelaki yang suka melamun. Dia percaya, misalnya, bahawa mesti ada cara untuk melihat benda-benda sejauh sepuluh ribu kilometer. Atau dia fikirkan mesti ada cara untuk memakan sup menggunakan garpu. Dia fikir mesti ada cara  bagi manusia berdiri di atas kepala mereka sendiri, dan dia yakin mesti ada cara bagi manusia untuk hidup tanpa perasaan takut.

Orang-orang berkata kepadanya, "Semua itu tidak boleh dilakukan; kamu ni pelamun!" Dan kata mereka, "Buka matamu dan hadapi realiti!" Dan kata mereka, "Ini hukum alam, dan kamu tidak boleh merubah takdir sewenang-wenangnya!"

Tetapi kata lelaki itu, "Entahlah . mesti ada cara untuk bernafas di bawah air. Dan mesti ada cara untuk memberi semua orang sesuatu untuk dimakan. Mesti ada cara bagi setiap orang mempelajari tentang apa yang dia ingin tahu. Mesti ada cara untuk melihat bahagian dalam perut kamu."

Dan orang-orang berkata, "Hentikan khayalanmu, saudara; semua itu tak akan berlaku. Kamu tidak boleh katakan kamu hendakkan sesuatu dan berharap ia akan berlaku. Dunia sudah ditakdirkan begini, dan ini saja yang ada!"

Apabila televisyen dan mesin x-ray dicipta, lelaki itu dapat melihat sejauh sepuluh ribu kilometer dan dia dapat melihat bahagian dalam perutnya. Namun tiada siapa yang berkata kepadanya, "Baiklah, saya rasa kamu tidak silap." Dan mereka tidak berkata apa-apa selepas seseorang mencipta baju selam yang membolehkan manusia bernafas di bawah air dengan mudah.  Tetapi lelaki itu berkata kepada dirinya sendiri: itulah yang saya fikirkan. Mungkin juga pada suatu hari, kita dapat hidup tanpa peperangan.