Martin Auer: Perang Yang Aneh, Cerita-cerita bagi Budaya Keamanan

   
 

Dua Banduan

Diterjemahkan oleh Ain Jaafar

This translation has not yet been reviewed

Si Pelamun
Budak Lelaki Biru
Planet Lobak
Gentar
Gentar Lagi
Orang Aneh dari Planet Hortus
Dua Pelawan
Perang Besar di Marikh
Hamba
Peladang-peladang Yang Pandai Mengira
Perang yang Aneh
Kesesakan Lalu Lintas
Dua Banduan
Keadilan
Laporan kepada Majlis Sistem Suria Bersatu
Bom
Foreword
Download (All stories in one printer friendly file)
Guestbook
About the Translator
About the Author
Mail for Martin Auer
Licence
Creative Commons licence agreement

Pada suatu ketika, beberapa orang rakan Encik Balaban sedang duduk berkumpul dan salah seorang daripada mereka berkata, "Kita semua sentiasa hendak menang. Kita patut memulakan sebuah kelab agar kita dapat menolong satu sama lain."

"Biarkan aku sendiri tanpa kelabmu," kata salah seorang daripada mereka. "Jika setiap orang menjaga dirinya sendiri, semuanya akan terurus."

Buat seketika, rakan-rakan tersebut bertikai sama ada itu adalah benar. Mereka kemudiannya bertanya kepada Encik Balaban mengenai pendapatnya.

"Aku fikir, kadangkala ia benar. Jika dua orang lelaki yang sama kuat pergi ke dusun kekeras dan mengumpul kekeras, barangkali adalah lebih baik bagi kedua-duanya mengumpulnya sendiri. Sebab jika setiap lelaki itu mengumpul kekeras untuk yang seorang lagi, mereka mungkin berfikir, 'Ah, mengapa aku harus bekerja kuat? Jika aku tumbang, aku akan hanya dapat kekeras yang dikumpul oleh rakanku.' Dan barangkali masing-masing akan kurang berusaha daripada jika ia mengumpulnya untuk dirinya sendiri, dan kedua-duanya akan mendapat bilangan kekeras yang sedikit. Tetapi selalunya nasib manusia begitu saling terkait sehingga mereka hanya mengambil berat tentang kepentingan diri sendiri, dan mereka membuat keadaan lebih sukar untuk semua orang."

"Bagaimana itu boleh terjadi?" tanya rakan-rakannya.

Dan Encik Balaban memberi mereka teka-teki ini:

"Di Samarkand, pihak berkuasa pada suatu masa menangkap dua orang pencuri yang mencuri seekor angsa. Timur Lenk mengurung mereka dalam dua sel penjara yang berasingan agar mereka tidak dapat menghubungi satu sama lain. Dia kemudiannya bertemu dengan pencuri yang pertama dan berkata, 'Dengar sini, engkau berdua mencuri seekor angsa. Untuk itu, engkau akan dihukum sebat dua puluh rotan. Ia tidak menyenangkan, tetapi kau akan dapat bertahan. Tetapi aku tahu dengan pasti bahawa kau tidak hanya mencuri angsa ini tetapi juga dua gelas emas berkaki dari istanaku. Untuk itu, engkau boleh dihukum mati. Itu hanya akan memberiku satu masalah: aku tidak akan mendapat gelas emas berkakiku semula dengan cara itu. Aku boleh menderamu untuk mendapatkan pengakuan, tetapi aku sudah fikirkan tentang cara lain. Dengar baik-baik: jika kau mengaku mencuri gelas berkaki tersebut dan memberitahu aku di mana kau menyembunyikannya, aku hanya akan menghukum mati rakan sejenayahmu, tetapi aku akan membebaskan engkau. Memang benar aku akan memberinya peluang yang sama. Jika dia mengaku dan engkau tidak, aku akan membebaskannya dan kau akan dihukum mati. Sudah tentu ada kemungkinan engkau berdua akan mengaku. Jika demikian halnya, aku tidak boleh membebaskan kau berdua, sudah tentu. Tetapi aku akan tunjukkan belas kasihan dan hanya akan memotong tangan kananmu.'

'Dan sekiranya tidak seorang pun di antara kami berdua mengaku?' tanya banduan itu, yang sebenarnya telah mencuri gelas berkaki itu bersama temannya.

'Engkau,' kata Timur, 'hanya akan dihukum sebat dua puluh rotan kerana mencuri angsa itu.'"

"Pada pendapat engkau," Encik Balaban bertanya kepada rakan-rakannya, "apa yang banduan itu patut lakukan?"

"Dan mereka tidak boleh berhubung antara satu sama lain?"

"Tidak," kata Encik Balaban, "Timur pastikan bahawa mereka tidak boleh berhubung antara satu sama lain melalui apa cara pun."

"Dia harus tutup mulutnya dan berharap rakannya juga tidak berkata apa-apa," kata salah seorang daripada mereka.

"Bagaimana dia boleh harapkan begitu?" kata seorang lagi. "Dia mesti tahu bahawa rakannya tentu akan mengaku."

"Bagaimana tu?"

"Sebab adalah lebih baik bagi rakannya jika ia mengaku. Dengar sini. Kita namakan mereka Ahmed dan Bulent. Baiklah, jika Ahmed mengaku, adalah lebih baik bagi Bulent untuk mengaku juga, sebab jika tidak, dia akan dihukum mati. Jika Ahmed tidak mengaku, ia juga adalah lebih baik bagi Bulent untuk mengaku kerana dia akan dibebaskan. Jadi Ahmed tahu bahawa Bulent akan mengaku. Jadi Ahmed akan mengaku juga, jika tidak dia akan dihukum mati. Tetapi jika Bulent atas sebab-sebab tertentu memutuskan untuk tidak mengaku, ini adalah lebih baik bagi Ahmed kerana dia akan dibebaskan."

"Ya, tetapi akibatnya ialah kedua-duanya akan dipotong tangan sedangkan mereka berdua mungkin dapat lepas dengan hanya dihukum sebat dua puluh rotan."

Maka mereka terus memperdebatkan teka-teki ini berjam-berjam lamanya, tetapi mereka tidak dapat membuat sebarang kesimpulan.

"Inilah yang aku inginkan tunjukkan kepada engkau," kata Encik Balaban. "Dengan menjaga kepentingan diri masing-masing, mereka menjadikannya lebih sukar ke atas mereka berdua."

"Tapi apa yang patut mereka lakukan, pada pendapat engkau?"

"Mereka sepatutnya berbincang dan berjanji antara satu sama lain supaya berdiam diri," kata Encik Balaban.

"Tapi engkau kata mereka tidak boleh bercakap dengan satu sama lain!"

"Mereka sepatutnya menyogok seorang pengawal untuk membawa surat atau menyampaikan mesej berulang-alik. Mereka sepatutnya mengikat nota pada seekor tikus, atau membiarkan seekor burung kakaktua yang sudah dilatih terbang dari sel ke sel. Mereka sepatutnya mencuba segala-galanya yang mereka dapat fikirkan untuk menghubungi satu sama lain, sebab jika manusia tidak dapat berhubung, maka manusia tidak akan dapat melanjutkan kepentingan mereka tanpa menjadikan kehidupan lebih sukar untuk semua orang - termasuk diri mereka sendiri."

   
  This site has content self published by registered users. If you notice anything that looks like spam or abuse, please contact the author.