Martin Auer: Perang Yang Aneh, Cerita-cerita bagi Budaya Keamanan

   
 

Planet Lobak

Please share if you want to help to promote peace!

Diterjemahkan oleh Ain Jaafar

This translation has not yet been reviewed

Si Pelamun
Budak Lelaki Biru
Planet Lobak
Gentar
Gentar Lagi
Orang Aneh dari Planet Hortus
Dua Pelawan
Perang Besar di Marikh
Hamba
Peladang-peladang Yang Pandai Mengira
Perang yang Aneh
Kesesakan Lalu Lintas
Dua Banduan
Keadilan
Laporan kepada Majlis Sistem Suria Bersatu
Bom
Foreword
Download (All stories in one printer friendly file)
About the Translator
About the Author
Mail for Martin Auer
Licence
Creative Commons licence agreement

Bücher und CDs von Martin Auer


In meinem Haus in meinem Kopf
Gedichte für Kinder

Die Prinzessin mit dem Bart
Joscha unterm Baum
Was die alte Maiasaura erzählt

Die Erbsenprinzessin

Der wunderbare Zauberer von Oz - Hörbuch zum Download

Die Jagd nach dem Zauberstab, Roman für Kinder - Hörbuch zum Download
Der seltsame Krieg
Geschichten über Krieg und Frieden

Zum Mars und zurück - Lieder
Lieblich klingt der Gartenschlauch - Lieder
Lieschen Radieschen und andere komische Geschichten - CD

Pada suatu masa dulu, di sebuah planet yang kecil tinggal sebilangan orang yang rajin dan yang lainnya yang tidak begitu rajin. Ada juga segelintir yang sangat rajin dan segelintir yang sangat malas. Dalam lain perkataan - keadaannya sama dengan merata-rata tempat di dunia ini. Kecuali yang malas dan rajin mencampakkan segala-galanya yang mereka tanam - kebanyakannya pelbagai jenis lobak merah - ke satu longgokan dan kemudiannya berkongsi semuanya dari longgokan tersebut. Itu bukan caranya di merata-rata tempat.

Tetapi pada suatu hari sebilangan orang yang rajin berkata, "Kami tak tahan lagi. Kami bertungkus-lumus sehari suntuk, dan yang lain-lain hanya berbaring-baring sepanjang hari dan bersiul-siul apabila matahari terbit dan mahu makan lobak kami." Dan daripada mencampakkan lobak mereka ke longgokan kumpulan, mereka menyimpannya di rumah dan menyumbat diri mereka dengan lobak sehingga mereka gemuk.

Mereka yang betul-betul malas hanya mengangkat bahu dan terus memakan lobak dari longgokan besar itu, dan sudah tentu mereka makan lebih daripada apa yang mereka campakkan ke longgokan itu.

Pekerja yang separuh rajin dan mereka yang separuh malas kemudiannya memerhatikan bahawa kini setiap orang mendapat kurang dari sebelumnya kerana mereka yang betul-betul rajin selalunya membawa lobak yang begitu banyak, lebih daripada apa yang mereka makan.

Pekerja yang separuh rajin berkata, "Kami pun akan menyimpan lobak kami." Dan mereka berhenti mencampakkan lobak mereka ke longgokan besar, dan sebaliknya menyediakan longokkan kecil sendiri di rumah.

Dan yang separuh malas juga berbuat begitu. "Kami tidak ada pilihan lain," kata mereka kepada yang betul-betul malas.

Kini mereka semua mempunyai longgokan lobak mereka sendiri di hadapan kotej mereka dan apabila mereka merasa ingin makan sejenis lobak khas yang tidak terdapat dalam longgokan mereka, mereka terpaksa melihat sama ada mereka dapat bertukar dengan orang lain.

Tidak lama kemudian, orang ramai berulang-alik dan selepas waktu kerja mereka sibuk berjam-jam lamanya bertukar lobak sehingga mereka mempunyai semua jenis lobak yang mereka perlukan, atau yang mereka fikir mereka perlukan, di rumah mereka.

"Menyusahkan betul!" kata orang yang betul-betul malas sesama sendiri. Mereka tidak lagi dapat menenggek dengan longgokan kumpulan. Tetapi setiap seorang daripada mereka mendapat pelajaran yang berbeza daripada keadaan ini. Ada yang berkata, "Baiklah, aku rasa aku terpaksa bekerja lebih." Tetapi tidak semudah itu sebab apabila seorang pemalas yang telah berubah sikap seperti ini mendapatkan sebuah ladang untuk menanam lobaknya, biasanya ada seseorang yang berkata, "Hei, aku selalu menanam lobak di sini. Ini ladangku."

Tetapi yang lain hanya pergi ke kotej orang yang lebih kaya dan mengambil apa sahaja yang mereka rasa mereka hendak makan dari longgokan lobak itu. "Kami selalu ambil dari longgokan kumpulan. Dan jika sekarang terdapat banyak longgokan, bukan hanya satu, maka semuanya hanyalah longgokan kumpulan. Walau bagaimanapun, kami akan ambil apa yang kami mahu dari longgokan tersebut," kata mereka.

Sudah tentu, mereka yang kaya tidak sukakan sikap tersebut, dan ada di antara mereka mula membina pagar di keliling longgokan lobak mereka. Dan tidak lama selepas itu, hampir semua orang telah membina pagar di keliling longgokan lobak mereka kerana makin banyak pagar dibina di keliling longgokan lobak, makin kerap mereka yang betul-betul malas, yang ingin teruskan dengan cara lama, mengambil apa yang mereka mahu dari longgokan yang tidak dikelilingi pagar.

Tidak lama kemudian, setiap orang yang mempunyai longgokan, juga mempunyai pagar di kelilingnya. Kini, selepas bekerja, mereka bukan hanya terpaksa menguruskan pertukaran berbagai jenis lobak, tetapi juga membaiki dan memperbaiki pagar mereka dan menjaga untuk memastikan tidak ada orang memanjat pagar mereka.

Tidak lama selepas itu, sebahagian daripada mereka mula merungut, "Kami semua biasanya bertemu di longgokan lobak besar selepas bertugas dan menceritakan jenaka dan main lompat katak. Kini selepas bekerja, kami terkurung di rumah, menjaga lobak kami dan membaiki pagar kami. Dan pada pagi esoknya kami berasa terlalu penat dan tidak berupaya menanam lobak kami dengan sempurna. Entah sebab apa, kami kini mempunyai lebih banyak tugas untuk dilakukan daripada sebelumnya, tetapi lobak tidak bertambah pun."

Ada orang yang mencadangkan agar semua orang sepatutnya berbalik semula kepada cara lama, dengan longgokan kumpulan. "Lebih baik memberi makan kepada beberapa orang pengecek yang betul-betul malas daripada sentiasa memenatkan diri kita sendiri membuat pertukaran dan menjaga dan membaiki pagar!"

Tetapi mereka yang paling kaya berkata, "Tidak, jika kita berbalik semula kepada cara lama, maknanya mengecek dibenarkan. Nanti semua orang mahu mengecek dan tidak ada siapa akan menanam lobak lagi dan kita semua akan kebulur!"

"Tapi itu tidak akan berlaku," kata yang lain. "Amat membosankan bagi kebanyakan orang untuk hanya berbaring-baring dan bersiul-siul ke arah matahari. Percayalah, hanya terdapat segelintir orang sahaja yang betul-betul malas. Sebenarnya, menanam lobak menyeronokkan!"

"Tidak," kata mereka yang paling kaya, "menanam lobak tidak menyeronokkan. Cuma makan lobak yang menyeronokkan. Engkau boleh berkongsi lobakmu dengan si pemalas tu, jika kau mahu. Bagi kami, kami tidak ada niat meruntuhkan pagar kami!"

"Alamak," kata beberapa orang yang separuh kaya, "jika yang betul-betul kaya tidak bersetuju, maka kami juga akan mengekalkan pagar kami. Kami sebenarnya tidak ada banyak lobak yang dapat kami kongsi dengan mereka yang pemalas tu."

Dan yang separuh miskin berkata, "Jika hanya kita yang akan berkongsi dengan mereka, setiap orang akan mendapat jumlah yang amat sedikit. Kami tak setuju. Kami terpaksa mengekalkan pagar kami."

Dan kali ini, tidak ada apa-apa yang terjadi. Walaupun kebanyakan daripada mereka tahu bahawa setiap orang kini mempunyai lebih banyak tugas untuk dilakukan dan tidak ada lebihan lobak, mereka tidak mungkin dapat kembali ke cara lama.

Tetapi sebaliknya beberapa perkara yang menarik berlaku. Ada di antara mereka yang tidak mempunyai ladang lobak yang besar pergi berjumpa beberapa orang yang lebih kaya dan berkata, "Dengar sini, jika tiap-tiap seorang daripada kamu beri kepadaku beberapa batang lobak setiap hari, aku akan menjaga longgokan lobakmu."

Dan yang lain mendapat idea yang berbeza dan berkata, "Aku akan membaiki pagar sesiapa yang memberiku lobak!"

Dan yang lain pergi dari rumah ke rumah dan berkata, "Beriku sedikit lobak dan aku akan menukarkannya untuk kamu, jika aku diberi satu lobak bagi setiap lima lobak."

Begitulah keadaannya untuk seketika, dan kemudiannya ada di kalangan mereka mula menggaru kepala dan berkata, "Sebenarnya aku sekarang sepatutnya mempunyai lebih banyak masa, tetapi kini aku terpaksa menanam lebih banyak lobak agar aku dapat membayar tukang baiki pagar dan pengawal malam dan orang yang menguruskan pertukaran lobak."

Dan sekali lagi, ada yang menyarankan agar mereka sepatutnya kembali ke cara lama dan meruntuhkan pagar. Anehnya, bukan sahaja orang-orang yang paling kaya menentang saranan itu, tetapi yang paling miskin pun turut menentang. "Kamu hendak ambil tugas kami ke?" jerit tukang baiki pagar.

"Macam mana kami nak hidup?" jerit pengawal malam.

"Kamu nak kami kebulur ke?" jerit orang yang menguruskan pertukaran lobak.

Peduli apa, dan mereka terus melakukan kerja dengan cara baru.


Author's comments


This site has content self published by registered users. If you notice anything that looks like spam or abuse, please contact the author.